๐ฒ๐พ Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) Pos Logistics Berhad ๐ฒ๐พ
๐
10 โ 12 September 2025 (Rabu โ Jumaat)
๐ Pusat Latihan Kenegaraan (PLKN) Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak
Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan warga kerja Pos Logistics Berhad dari pelbagai peringkat jawatan.
Program selama tiga hari ini bertujuan memupuk semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta menghayati prinsip Malaysia MADANI dalam kalangan warga korporat.
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan oleh Puan Naemah Binti Ramle, Assistant Vice President, People Division, Pos Logistics Berhad. Beliau menekankan kepentingan kursus ini sebagai platform pembentukan sahsiah, semangat kebangsaan dan daya ketahanan diri dalam mendepani cabaran dunia korporat.
Taklimat awal turut disampaikan oleh Cik Norhaida Binti Ariffin, selaku Penyelaras Program, bagi menjelaskan objektif serta pengisian kursus.
ย
Sepanjang program, peserta terlibat dalam siri ceramah, latihan berkumpulan, aktiviti luar dan sesi perbincangan yang memberi tumpuan kepada aspek kenegaraan, kepimpinan dan penerapan nilai-nilai murni berlandaskan Malaysia MADANI.
Melalui inisiatif ini, diharapkan warga Pos Logistics Berhad dapat terus berkembang sebagai tenaga kerja yang berintegriti, berdaya tahan serta sentiasa mengutamakan semangat cintakan negara.
#PosLogistics #KursusKenegaraan #MalaysiaMADANI #PosLogisticsPeople #LogisticsForTheNation
Read More: Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) Pos Logistics Berhad


